INFO
KAABAH
Kaabah: Saiz dan Sejarahnya
Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan
keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi. Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9
meter. Dinding Kaabah adalah setebal satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2
meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. Siling dan
bumbung diperbuat daripada kayu. Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di
dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat. Bangunan kecil ini
dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad
saw.
Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini.
Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain
serangan manusia?
Nama-nama Kaabah: Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna
sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh
juga bermakna kiub.
Nama-nama lain adalah: " Bait ul Ateeq -
bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua
makna boleh diterima. " Bayt ul Haram - rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan
sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan
pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam
al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah
seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding
Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah
30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa
pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh
kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan
semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.
Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan
dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara
empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini.
Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak
semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk
menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila
pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua
Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi
keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.
Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah
bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka.
Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara
itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak
di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak.
Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian
mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.
SEJARAH KALENDAR ISLAM
Permulaan
penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah
Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini
adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada
zamannya.
Ada satu riwayat
lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat
kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh
surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar
r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun
rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan
bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa
Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar
Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang
berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih
tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah
Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan
kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut
adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah
kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan
agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu
dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat
hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan
besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan
dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar
tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar
ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun
Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi
PENGENALAN MUHARRAM
MUHARAM adalah
bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam
membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang
melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini
ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan
itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi
dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram
sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang
dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan
kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya
melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan
Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun
baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang
lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan
melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan
besarnya kehormatannya.
DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau
sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .
Doa Awal
Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang
membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
![]() |
PERISTIWA PENTING
·
1
Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap
tahun baru Islam (Kalendar Hijriah.
·
10
Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa
penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah
bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
·
Nabi
Adam bertaubat kepada Allah.
·
Nabi
Idris diangkat oleh Allah ke langit.
·
Nabi
Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama
enam bulan.
·
Nabi
Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
·
Allah
menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
·
Nabi
Yusuf dibebaskan dari penjara.
·
Penglihatan
Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
·
Nabi
Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
·
Nabi
Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam.
·
Laut
Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera
Firaun.
·
Kesalahan
Nabi Daud diampuni Allah.
·
Nabi
Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
·
Hari
pertama Allah menciptakan alam.
·
Hari
Pertama Allah menurunkan rahmat.
·
Hari
pertama Allah menurunkan hujan.
·
Allah
menjadikan 'Arasy.
·
Allah
menjadikan Luh Mahfuz.
·
Allah
menjadikan alam.
·
Allah
menjadikan Malaikat Jibril.
·
Nabi
Isa diangkat ke langit.
AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
·
Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya
seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari
dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya
pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
·
Banyakkan
amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
·
Berdoa
akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
·
Berdoa
awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat
belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
·
Melapangkan
masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada
tahun ini.
·
Memuliakan
fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
·
Menahan
marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang redha.
·
Menunjukkan
orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
·
Menyapu/mengusap
kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
·
Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak
terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
·
Memelihara
kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.
·
Mandi
Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat:
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
·
Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
·
Membaca
Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
·
Sembahyang
sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku
sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat
pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
·
Menjamu
orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.
·
Puasa.
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah
Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila
malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua
Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT
sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam
kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima
perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera
akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di
Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan
ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka
dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah
SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke
Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga
yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di
Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh
baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada
Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT
mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan
itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya
supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan
baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan
berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra)
tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari
bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah
Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka
nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu
yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh
baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan
bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila
Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as)
keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan
mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan
anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi
dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi
mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak
berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah
dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini,
melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua
itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah
(SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh
orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan
tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu
Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi
mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada
Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan
kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah (SAW).
Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya
gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya
tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah
sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan
untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan,
penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita
mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk
Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya
Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang
tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan
20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan
benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan
mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua
keluar untuk menyambut baginda.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW)
mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di
kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut
segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah
(SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam
menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar
Islam.



15.14
LULUT ARA'S *BLOG

0 komentar:
Posting Komentar